Solat merupakan perkara yang pertama yang akan dihisab oleh Allah kelak. Oleh kerana itu, solat diwajibkan kepada setiap muslim yang berakal dan waras.
Bahkan azab yang berat dikenakan kepada mereka yang meniggalkan solat/ lalai dalam solatnya. Sudah tentu ada sebab tertentu Allah wajibkan solat keatas setiap muslim.
Tidak lain dan tidak bukan, untuk diri kita juga. Untuk menempuh hidup ini, kita perlukan kekuatan kerana banyak rintangan dan cubaan yang akan dkenakan keatas kita. Ujian tersebut tidak lain untuk menguji tahap keimanan kita. Dan cara untuk selesaikan pemasalahan yang dihadapi manusia adalah dengan solat!.
Ramai yang meninggalkan solat dan anda lihat sendiri kehidupan mereka. Ya, memang ada yang kaya, tetapi adakah mereka tenang?Adakah ketenangan hidup itu dapat dibeli dengan wang ringgit semata?
Ramai menyangka, jika ada duit, tentulah bahagia. Belum tentu sebenarnya. Ada juga yang kata, 'Ya, aku bahgia, lihatlah kekayaan yang aku ada sekarang'. Hakikatnya, mereka terperangkap dalam illusi kebahagiaan ciptaan mereka sendiri.
Sebab itu mereka
enjoy dengan kehidupan dan maksiat yang dibuat, disebabkan mereka tidak nampak kebahagiaan hakiki yang hanya Allah sahaja mampu berikan. Malah, lebih ramai lagi yang kaya, tetapi pemikiran kusut dengan pelbagai masalah. Bahkan ada yang terfikir untuk tamatkan riwayat hidup diri sendiri.
Dalam mengejar kekayaan dunia, mereka tinggalkan solat. Ya, mereka akan dapat dunia dan kekayaan, tetapi murka Allah bersama mereka. Mereka akan dapat kekayaan, tetapi dengan cara yang bersusah payah.
Berbeza dengan mereka yang mendirikan solat, kejayaan demi kejayaan mudah diraih, dan seolah-olah tampak senang disamping mempunyai fikiran yang tenang. Mereka bergantung kepada Allah, dan bukan usaha semata. Harta dan kekayaan datang setelah mereka utamakan solat. Itulah kaedah sebenar menjemput rezeki.
Jika rezeki anda sempit, setelah pelbagai cara diusahakan, anda masih lagi begitu, tinggalkan usaha anda tadi, fokus kepada solat, kemudian sikit demi sedikit usahakan apa yang anda mahu jayakan.
Tidak ada kejayaan tanpa usaha. Anda berusaha anda dapat, cumanya kalau ada kaedah yang memerlukan sedikit usaha untuk berjaya berbanding usaha keras, tetapi sinar kejayaan masih jauh, yang mana satu anda pilih?
Solatlah. Anda bakal menempuhinya dengan mudah dan lihatlah sendiri, betapa berbezanya diri anda yang dulu dengan sekarang.
Solat diawal waktu
Ramai yang solat, tapi sekadar syarat memenuhi tanggunjawab, lalu dibuat solat tersebut dihujung-hujung waktu, bahkan digabungya dengan solat seterusnya. Katanya SIBUK.
Solat seperti ini, tidak dapat memberi apa-apa kesan kepada pelakunya. Bahkan, makin disusahkan jalannya. Ramai yang mangadu, aku dah solat..tapi kenapa usaha yang aku buat masih belum berjaya?
Mereka silap!! Solat yang cacat dan sempurna ada perbezaan yang ketara dan hasilnya juga jelas berbeza.
Jika solat anda dihujung waktu, itu bukan mengutamakan solat, tetapi mengutamakan urusan dunia. Jadi solat tersebut tidak ada nilai disisi Allah swt.
Ubah solat diawal waktu, dan lihat kesannya sendiri. Tiada sesiapa mampu menceritakan kepada anda kelebihan solat diawal waktu, kecuali anda laluinya sendiri.
Artikel menarik yang lain: