Asma Allah ada 99 nama terbaik (nama-nama Allah) merujuk
kepada persetujuan ulama.
Nama-nama Allah ini menggambarkan zat Allah yang Agung.
Hakikat zat Allah ini mestilah difahami dan dihayati oleh setiap yang beriman
kepada Allah.
Nama-nama Allah yang Mulia dan Agung , bersesuaian dengan
sifat-sifatNya
Adakah Nas dalam Al-Quran?
Nas ataupun dalil diperlukan untuk menyokong sesuatu
perkara/hujah. Adapun dalil berkenaan nama-nama Allah ini begitu terang
dinyatakan dalam Al-Quran. Antaranya:
“Dialah Allah, tidak
ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna
(nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Katakanlah: “Serulah
Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia
mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu
mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah
jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)
Berikut pula hadis yang menjelaskan jumlah nama-nama Allah.
Dari Abu Huraira
R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang
bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga.
Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” –
Sahih Bukhari
Apakah nama Allah boleh dipakai
kepada hambanya?
Menggunakan nama Allah kepada hamba-hambanya tidak dilarang.
Ramai yang meletak nama anak-anak mereka dengan nama Rahman.
Namun, meletakkan nama Ar-Rahman adalah tidak wajar.
Al atau Ar pada awal perkataan merujuk kepada kata nama Khas (iaitu nama
Allah). Jadi kita hendaklah meletakkan sesuatu pada tempat yang betul.
Tambahan nama selain nama tunggal digalakkan, seperti Abdul Rahman, Abdul
Rahim. Ini kerana maksud Abdul dalam bahasa arab ialah hamba.
Artikel menarik yang lain: