Rezeki tu Allah yang pegang
Minta pada Allah terlebih dahulu
Dalam meraih rezeki yang berkat, kita hendaklah melihat setiap perkara yang kita lakukan
dari sudut ajaran agama
Kita percaya yang rezeki itu datang dari Allah, sama hal juga jodoh dan kematian. Namun, masih ada dalam kalangan kita masih ragu-ragu akan soal rezeki, namun teap masih lagi mengaku beriman.
Sebagai seorang Islam yang beriman, hati kita mestilah bulat dan yakin 100% bahawasanya rezeki itu datang dari Allah dan bukannya dari makhluk lain.
Makhluk lain tu, samada bos tempat anda kerja, samada jualan anda laku dan sebagainya, ia hanyalah perantaraan.
Berapa ramai yang bekerja makan gaji, yang dikatakan mereka itu adalah rezeki..namun masih juga tak mencukupi. Hujung bulan , duit dah habis dan mula meminjam sana sini.
Berapa ramai yang meniaga, tapi barangan tak laku dijual. Lihat orang lain menjual, banyak pula jualannya. Barangan yang sama, tapi hasilnya berbeza-beza..itulah rezeki. Setiap orang mendapat rezeki yang berbeza-beza jumlahnya.
Soalnya bukan jenis pekerjaan/ perniagaan yang menentukan jumlah rezeki yang anda perolehi. Ia hak mutlak Allah SWT untuk hambanya.
Apa yang disarankan oleh Allah swt , kita kena bekerja , perlu berikhtiar, perlu beusaha dalam meraih rezeki halal, bukannya hanya melenggang tanpa berbuat apa-apa terus masih lagi mengharapkan rezeki turun dari langit , itu jelas tidak betul.
Namun begitu, Allah tetap memberikan kita
guidline bagaimana mahu meraih rezeki yang berkat, malah perkara ini dijanjikan oleh Allah sendiri.
Sedekah
Yup, sedekah.
Ramai yang telah tahu akan kebaikan dan kelebihan bersedekah, sudah diberitakan malah diriwayatkan dari dulu hingga sekarang akan kisah-kisah mereka yang mendapat keajaiban atau rezeki dengan sedekah, namun masih sikit yang melakukannya dengan yakin.
Sedekah dibalas 700 kali ganda
Dalam surah al-Baqarah, Allah umpamakan mereka yang bersedekah atau menginfakkan harta kepada jalan Allah dibalas 700 kali ganda dan Allah maha luas kurniaNya.
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
Allah lipat gandakan pahala mereka yang bersedekah
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Allah bagikan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka
Dalam surah al-talaq, Allah menegaskan barangsiapa bertakwa kepada Allah yakni meninggalkan larangan Allah dan mematuhi semua arahan Allah, akan dibukakan kepada mereka jalan-jalan keluar daripada masalah dan Allah mencukupkan apa yang dikehendakinya.
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Begitulah sebahagian ayat-alquran yang menceritkan kelebihan mereka yang bersedekah. Bersedekah lah walaupun dalam jumlah yang kecil dengan ikhlas. Itu lebih baik dari jumlah yang banyak tetapi tidak iklhlas.
Artikel menarik yang lain: