2 AMALAN AJAIB YANG MENJADI ASBAB HIDUP DAN BISNES SAYA MULA
BERUBAH.
Apa yang saya bakal kongsikan ni bukanlah amalan atau ilmu
yang bila diamal dalam masa 24 jam terus akan menampakkan hasil.
Dan dan, posting ni agak panjang namun saya rasa sangat
berbaloi jika anda baca sehingga habis.
Kuncinya adalah KONSISTEN dan usaha untuk lakukan
seikhlasnya.
Allah dah katakan, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum tanpa ia mengubahnya sendiri. So pointnya, kalau kita nak hidup kita mula
berubah kepada yang best best kita sendirilah perlu usaha. Selebihnya Allah
punya kuasa dan izin.
Ingat, Allah punya KUASA dan IZIN. Bukan langsung sebab
amalan kita !
Yang penting, USAHA.
OK jom nak share.
2 amalan ni saya dapat dari perkongsian seorang ustaz.
Beliau pesan, jangan percaya dengan apa yang disampaikan. Cuba buat sahaja dan
tengok hasilnya.
Amalannya simple, semua orang mampu buat. Nak atau tidak,
istiqomah atau tidak sahaja.
1. SEDEKAH SUBUH SETIAP HARI
Nak tengok hidup mula berubah, ofcourse subuh tak boleh
terlajak. Nak lagi power bangun tahajud dulu.
Kenapa dianjurkan sedekah waktu subuh (pagi) ? Bukan tengah
hari, petang atau malam ?
Dalam satu hadith menyebutkan, tiada satu subuh pun yang
tidak akan didatangi dua malaikat, dan satu malaikat akan mendoakan
kesejahteraan hidup untuk mereka yang menginfakkan hartanya. Dan satu malaikat
lagi akan mendoakan kerosakan untuk orang yang menahan hartanya. Na3uzubillah.
TIPS :
1) Untuk para isteri, kirimkan duit kepada suami untuk
masukkan ke dalam tabung masjid ketika solat subuh.
2) Sediakan tabung sendiri, setiap pagi masukkan sejumlah
wang.
3) Setkan beberapa favourite account untuk Pusat Tahfiz/Anak
Yatim dan transfer sejumlah wang.
4) Elakkan mengeluarkan duit untuk bayar sesuatu terutama
hutang sebelum mengeluarkan sejumlah wang untuk bersedekah.
5) Sedekah ikut kemampuan, bermula dengan Rm1 dahulu.
Kemudian perlahan lahan gandakan. Sampai satu tahap kita mampu sedekahkan Rm100
- Rm1000 sehari. Aamiin.
Ok nak share amalan kedua pulak.
.
.
2. DOA
Setiap kali selepas solat, kita doa. Tapi kadang kadang doa
kita tak jelas, tak spesifik nak apa. No wonderlah segala hajat kita lambat
termakbul.
Nak mintak apa apa, nak doa apa apa wajib JELAS dan SPESIFIK
satu per satu. Baru cepat dimakbulkan inshaAllah.
Kita submit, bermakna kita dah bagi isyarat yang kita
"dah bersedia" nak terima apa yang kita doakan tu. Kan Allah akan
berikan sesuatu bila kita MAMPU dan PERLU.
So doa apa yang kita nak mintak supaya hidup kita perlahan
lahan mula berubah kepada yang lebih baik ?
Sebelum tidur, solat taubat dulu. Tambah solat hajat lagi
bagus. Sungguh sungguh mintak dan doa pada Allah.
" Ya Allah, berilah kekuatan dan bantulah aku untuk
ubah hidup aku.
Ya Allah, berilah kekuatan dan bantulah aku untuk ubah diri
aku.
Ya Allah, bantulah dan perbaikilah urusan hidup dan bisnes
aku.
Ya Allah, perbaikilah iman, amal dan ilmu kami serta
mantapkanlah iman amal dan ilmu kami.
Ya Allah, bantulah dan berilah kekuatan untuk aku ubah hidup
aku, bisnes aku, diri aku untuk aku . . . . .. ( Nyatakan sebab yang JELAS dan
SPESIFIK )
Kalau nak bisnes maju sebab nak bantu mak ayah adik beradik,
sebut satu satu dari segi apa nak bantu tu. Nak bagi Rm 1000 sorang sebulan ke.
Sebut jelas jelas.
Kalau nak kaya berjaya, mintak kaya berjaya dunia akhirat.
Jadi jutawan hebat dunia akhirat. Mintak dekatkan dan jadikan bisnes kita
bisnes yang menguntungkan dunia akhirat.
Mintak untuk sesuatu yang tujuannya adalah akhirat lebih
penting. Sangat penting.
.
TIPS UNTUK KONSISTEN.
Ajak suami / kawan buat sama sama. Saling mengingatkan bila
terlupa. Saling menguatkan bila memerlukan.
.
Dah, cuba amalkan dua ni je dulu setiap hari. InshaAllah
yakin dan percayalah, satu persatu urusan anda dipermudahkan. Diberikan peluang
yang baik baik dan ditunjukkan jalan yang terbaik.
Jangan sesekali pertikaikan bila, bila dan bila. Buat dulu,
latih untuk ikhlas dalam beribadah dulu.
Harap sedikit sebanyak perkongsian ini membantu anda keluar
dari segala masalah dan kesusahan.
Sebelum saya amalkan dua amalan ni, saya memang dalam
keadaan yang sangat serabut, tertekan dan tak tahu apa nak buat. Stuck. Dan
Allah gerakkan hati untuk dengar perkongsian ustaz tersebut.
Dah baca sampai habis ? Tahniah. Dan jangan kaut manfaat
posting ni sorang sorang. Klik button SHARE supaya orang lain dapat manfaat
sama :)