Allah memberikan rezeki kepada makhluk di dunia ini berupa pelbagai bentuk. Ada yang memperoleh ketenangan hidup, berupa kesihatan yang baik, duit yang tidak pernah habis dan bermacam-macam bentuk kenikmatan lain lagi, tinggal cuma perlu bersyukur sahaja.
Tapi, dalam kebanyakan harta dalam simpanan kita, tersimpan hak orang lain, rezeki orang lain. Disebabkal itulah kita tidak disarankan menyimpan harta, dan perbuat menyimpan harta belebihan (melebihi dari yang diperlukan) digambarkan sesuatu yang buruk oleh Rasullullah SAW.
Tidak bermakna anda perlu habiskan kesemua simpanan anda, tetapi anda hendaklah bijak mengatur strategi, demi kelansungan hidup anda disamping, bertawakkal dan serahkan segala urusan kehidupan kepada Allah swt semata. Yakinlah bahawasanya Allah akan membantu dan mencukupkan rezeki anda.
Kenapa tidak digalakkan harta disimpan-simpan? Kerana khuatir, harta yang anda simpan itu tidak dapat memberi kebaikan untuk anda diakhirat kelak. Tidak dapat dijadikan saksi untuk anda nytakan harta inilah yang membantu fakir miskin/ orang yang memerlukan.
Amalan berbagi harta/ sedekah sangat dituntut bahkan dijanjikan Allah SWT sesiapa yang bersedekah dengan niat kerana Allah SWT, maka tidak akan dtimpa kefakiran, bahkan rezeki bertambah dari jalan-jalan yang tidak disangka.
Kerana apa harta tidak boleh dsimpan? Jika seseorang itu mempunyai harta, tetapi disebabkan sifat kikir, harta itu tidak digunakan untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT.
Jika seseorang itu meninggal dunia, harta yang disimpannya tidak dapat dibawa bersama, bahkan harta itu akan jatuh kepada waris-waris yang ada. Oleh sebab itu kata baginda Rasulullah, ktika baginda bertanya kepada para sahabat:
"Manakah harta yang kamu suka?Harta kamu atau harta waris kamu" Jawab sahabat, "tentulah kami sayang harta kami". Lalu kata baginda Rasulullah, "Harta kamu adalah harta yang kamu infaqkan (sdekahkan) tetapi harta yang dsimpan itu adalah harta ahli Waris"
Artikel menarik yang lain: