Asma Allah, ataupun nama-nama Allah yang berjumlah 99 mempunyai banyak manfaat bagi yang mengamalkannya. Sudah tentu, dengan menyebut nama Allah ini, kita yakin bahawa Allah adalah pemilik alam semesta dan setiap segala sesuatu tidak lepas dari kekuasaan Allah. Begitu juga hal rezeki, semua dari Allah.
Sebagai Muslim, kita seharusnya mengamalkan bacaan asma Allah ini dalam kehidupan seharian. Pelaburan masa untuk menebut nama mulia Allah ini tidaklah lama. Anda boleh mengamalkan asma Allah ini sebaik sahaja selesai solat atau bila-bila masa sahaja. Tiada masa khusus disyaratkan.
Sesungguhnya, nama yang boleh diseru untuk menyampaikan hajat kita hanyalah dengan nama Allah
Katakanlah (Muhammad), serulah Allah atau ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu dapat menyeru, kerana Dia mempunyai nama-nama yang terbaik (Asmaul-husna) dan janganlah engkau menguatkan suaramu dalam solat dan jangalah pula merendahkannya dan usahalah jalan tengah antara kedua-duanya (Al-Isra' 17:110)
Jika menyebut nama-nama Allah, fadhilat yang diperoleh oleh pelaku mernagkumi keperluan zahir dan batin, samada untuk maksud umum atau khusus.
Amalkan zikir berikut:
Ya Rahman
Amalkan sebanyak 100 kali setiap lepas solat fardhu
Ya Allah
Amalkan sebanyak 5000 kali setiap hari dengan penuh khusyuk dan dalam keadaan suci, InsyaAllah akan datang kepadanya rezeki dari segala penjuru. Sekitar masa diambil hanyalah 30 minit sahaja
Ya Aziz
Jika diamal, akan memperoleh rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka
Ya Basit
Amalkan 10 kali selepas solat Dhuha. Insya Allah akan lapang dan luaslah rezeki dan ilmunya
Ya Razzak
Jika diamalkan, Insya- Allah segala usaha yang dilakukannya akan berjalan lancar dan rezekinya akan dimudahkan oleh Allah. Boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja samada secara lisan atau dengan hati.
Artikel menarik yang lain: